Tahukah anda….? Menjemput Rezeki Lebih Mudah Berbanding Mencari Rezeki….?

Salam Perkenalan dari Penulis...

Daripada : Fathuri Salehuddin
Tarikh: 04/18/14

Tepat jam 4:11 pagi, Selasa, 7 hb Ogos 2012 saya menerima sms dari seseorang.

“Alhamdulillah…Design web www. JemputRezeki.com sudah siap, kami sedang menanti Sales Letter Power dari Tuan PI sahaja untuk set up selanjutnya…”

Saya tersenyum memikirkan perkataan ‘Sales Letter Power’ itu. Bukan sekali saya diminta mencipta ungkapan begitu. Beberapa orang sebelumnya juga pernah bertanyakan hal yang sama. Mereka mahukan saya menciptakan ayat-ayat (yang kononnya mesti Power) untuk tujuan iklan produk mereka.

Ayat Power…? Ayat Kuasa….? Pada saya hanya Allah yang Power!

Dan sering pula saya memberi jawapan yang sama.

“Tuan solat hajat dua rakaat dan mohonlah dari Allah yang Maha Kuasa ke atas segala-galanya. Insya-Allah Tuan akan diberi ilham ayat-ayat power seperti yang tuan hajatkan.” Beginilah selalunya jawapan saya kepada orang yang bertanya.

Kemudian saya akan bertanya kepada diri pula,

“Ya Allah, masih ramai orang di luar sana yang tidak faham akan kehebatan-Mu. Tidak terfikirkah mereka bahawa tidak ada sesuatu pun yang boleh berlaku tanpa izin-Mu..?.”

“Ya Allah, berilah mereka kefahaman sebagaimana kefahaman para Sahabat. Mereka terus memohon dari Allah apabila menginginkan sesuatu. Apa pun ia. Seorang Sahabat memohon terus kepada Allah mekipun sepasang selipar apabila tali seliparnya putus….”

Lalu saya segera bangun menuju ke bilik air.

Alhamdulillah subuh itu saya diizinkan Allah bertahajud dan solat tasbih dengan sempurna. Tidak langsung saya fikirkan tentang sms yang diterima tadi. Kerana saya yakin. Solusinya tetap sama. Yakni saya perlu memohon terus kepada Allah. Pemilik langit dan bumi dan apa saja di antara keduanya. Apa pun yang dihajatkan boleh terus memohon kepada-Nya. Sungguh, apa saja!. Biarpun mahu mengarang Sales Letter.

Ringkasnya ia berbunyi begini:

Saya perlu buat apa yang saya mampu buat, selebihnya terus diserah kepada Yang Maha Kuasa.

“I do the best and let Allah do the rest”

Seterusnya saya laksanakan solat hajat dan mohon kepada Allah agar urusan ini dimudahkan. Serta-merta Allah beri satu perasaan yakin bahawa Sales Letter ini boleh disiapkan dalam tempoh sejam dua sahaja. Dengan izin Allah.

Dalam rangka menyiapkan Sales Letter ini saya tidak pernah bimbangkan apakah ayat itu nanti Power atau tidak. Apa yang lebih saya fikirkan adalah; bolehkah saya menjaga hati agar tidak menulis apa yang tidak saya perbuat?

Justeru, saya memilih untuk mengambil pendekatan yang berbeza. Hasilnya, Sales Letter yang sedang saudara tatap ini akan menjadi lebih dari sekadar Sales Letter. Biarlah ia menjadi suara hati saya yang ingin disampaikan kepada saudara . Yakni bakal-bakal pembaca ‘Mudahnya Menjemput Rezeki ‘ yang saya muliakan.

Saya berdoa agar Allah berikan kata-kata yang tepat dan mudah untuk saudara faham. Saya juga berdoa agar mesej yang mahu disampaikan melalui ruangan ini dapat saudara nilai dengan saksama. Insya-Allah.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya memulakannya:
  • Sekitar awal bulan Mei 2012 seorang pembaca buku ‘Mudahnya Menjemput Rezeki’ menelefon saya dan memaklumkan hajatnya untuk memasarkan buku ini secara online. (Buku tersebut dilancarkan pada 1/5/2012 di PWTC, Kuala Lumpur.
  • Beliau memaklumkan akan mengeluarkan sejumlah wang untuk membina website dan mengupah seseorang bagi mengarang 'Sales letter’ atau surat jualan. Hal tersebut beliau sanggup lakukan kerana rasa syukurnya terhadap idea di dalam buku tersebut; yang menurut beliau memberi kesan yang nyata terhadap kehidupannya. Khususnya terhadap mind setting beliau terhadap cara mencari rezeki.
  • Dikhabarkan juga orang yang diupah untuk mengarang sales letter tersebut merupakan pakar dalam bidangnya; juga mempunyai nama dan pengaruh di dunia Internet Marketing (IM) Malaysia.Mendengar khabar itu,saya percaya wang yang akan dilaburkan tidak sedikit. Saya bersyukur terhadap rezeki yang tidak disangka-sangka ini.
  • Malangnya sehinggalah cetakan pertama (5,000 naskhah ) buku ini habis, sales letter yang dimaksudkan belum juga siap. Justeru domain name (www.JemputRezeki.com) yang lama dibeli, dan sudah pun dicetak pada bisnes kad, tidak dapat dimanfaatkan.
  • Pun begitu saya sangat bersyukur kepada Alllah kerana belumpun menggunakan kelebihan online marketing , sasaran pertama masih dapat dicapai. Yakni agar cetakan pertama buku ini habis dijual dalam tempoh kurang dari 100 hari . Hajat ini sudah pun Allah kabulkan. Alhamdulillah. Semasa baris ayat ini ditaip, cetakan kedua sedang disiapkan. Insya-Allah.
    "
  • Setelah beberapa siri rundingan, akhirnya saya pula yang diminta mengarang sales letter tersebut. Subhanallah, Allahuakhbar!. Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Sesungguhnya takdir Allah semuanya baik. Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.
  • Antara hikmah yang dapat saya fahami adalah; Allah selamatkan buku ini dari unsur-unsur manipulasi atau hype. Hal begini cenderung berlaku seandainya sales letter itu dikarang oleh seseorang yang tidak benar-benar faham apa yang mahu disampaikan oleh penulisnya.
  • Saya percaya hanya Allah yang sempurna. Buku ini walaupun jualannya laris, pasti dan pasti ada kelemahan di sana sini; kerana saya hanyalah manusia biasa. Saya ada banyak kelemahan dan kekurangan. Justeru, saya fikir sales letter ini tidaklah perlu terlalu begitu begini……, cukuplah menyatakan perkara sebenar. Tidak lebih dan tidak kurang. Insya-Allah jika ada rezeki , adalah yang berminat untuk memiliki buku ini nanti.
  • Hal ini sudah saya nukilkan dengan jelas pada bab terakhir ( Muka surat 183-184) seperti berikut:
    • Sepanjangkan kehidupan, saya berpeluang membaca buku-buku yang bagus, yang dengannya dapat mengubah persepsi saya terhadap sesuatu. Malah banyak pula yang berhasil membuat saya bertindak mengubah tingkah laku dan kebiasaan sebelumnya. Saya berasa sangat bertuah apabila bertemu buku-buku yang begitu. Pembaca yang saya muliakan, begitulah juga impian saya terhadap buku yang sedang anda tatap ini.”
    • Pembaca yang budiman, andainya anda mendapati ada kandungan buku ini yang memberi manfaat, mohon dikongsikan dengan orang lain. Moga anda dan saya mendapat bahagian pahala yang Allah janjikan. Andai sebaliknya tegurlah, berhubunglah dengan saya. Sesungguhnya yang baik itu semuanya datang daripada Allah, dan yang sebaliknya memang daripada kelemahan saya.”
    • Saudara yang saya hormati, apa yang saya tulis dalam buku itu, banyak yang datangnya dari pengalaman hidup saya sendiri. Selain melalui pembacaan, sebahagian besarnya saya pelajari dari UK (Universiti Kehidupan) . Khususnya pengalaman ‘Menjemput rezeki Allah’. Melalui pengamatan yang sungguh-sungguh saya sangat yakin untuk menyatakan bahawa sesungguhnya ‘Menjemput rezeki’ jauh lebih mudah berbanding sekadar ‘Mencari Rezeki’. Inilah idea yang saya mahu sampaikan melalui buku ‘Mudahnya Menjemput Rezeki’.
  • Justeru, jika saudara pernah menerima kad bisnes saya, saudara akan melihat pernyataan berikut jelas tertera di bahagian belakang kad itu. Iaitu:
  • “ Saya berazam agar setiap mata yang pernah memandang Al-Qur’an perlu diberi peluang memandang buku ini. Sungguh ‘Menjemput Rezeki’ lebih mudah dari ‘Mencari Rezeki’. Inilah yang saya mahu sampaikan”-Penulis
  • Apakah maksud kata-kata itu? Itulah Visi saya. Saya mahu buku ini dimiliki oleh setiap rumah yang di dalamnya tersimpan naskah Al-Quran. Mengapa?
  • Kerana Saya faham amat sedikit orang yang membaca al-Quran setiap hari. Malah lebih sedikit lagi yang cuba memahami apa yang dibacanya. Natijahnya, pesan-pesan dari Allah tentang rezeki tidak pernah diketahuinya. Akhirnya, jadilah dia seorang yang bertindak mencari rezeki dengan panduan akal dan nafsunya sahaja.
  • Sungguh, cara begini sangat sukar. Yakni seseorang itu terpaksa memerah akal dan tenaga tubuh yang banyak. Akhirnya, seluruh harinya diabadikan hanya untuk mencari mencari, dan terus mencari rezeki. Siang dan malam hanya itu yang difikirkannya.
  • Anehnya, biarpun sekuat tenaga dia memerah akal dan tenaga tubuh badannya, rezeki yang diperoleh seperti tidak pernah cukup. Dia ibarat seorang fakir yang sangat mengharap datangnya rezeki. Walhal pada pandangan orang lain, apa yang sudah dimilikinya merupakan impian ramai orang.
  • Ada pula yang sedang terpingga-pingga dan tidak tahu mahu berbuat apa, iaitu ketika sedang menerima ujian Allah yang berupa kekurangan harta dan kesihatan. Apatah lagi yang sedang diuji dengan retaknya hubungan dengan jiran, rakan sekerja, saudara-mara, adik-beradik dan ibu bapa. Sungguh, apabila saudara mendengar apa yang saya dengar, dan melihat apa yang saya lihat, saya pasti saudara juga akan terpanggil untuk membantu.
  • Kenyataan tersebut saya dapati melalui maklum balas yang saya terima dari para pembaca. Iaitu melalui email, telefon malah ada yang mahu bertemu empat mata . Sudah ramai yang dapat saya temui, dengan izin Allah.Semakin ramai yang saya temui, semakin bertambah keyakinan saya bahawa, ramai di luar sana yang kelihatan OK sebenarnya tidak OK.
  • Ramai yang terpaksa berpura-pura dan menyembunyikan hakikat hidup sebenar. Hakikatnya masih ramai lagi yang belum faham hakikat rezeki!. Rupa-rupanya sungguh ramai lagi yang sedang mencari-cari jalan bagaimana mahu mengubah apa yang sedang mereka alami. Ada pula yang sudah tidak tertanggung lagi sehingga tidak segan silu mengalirkan air mata di hadapan saya.

Atas perkara itulah, saya perlu serius. Saya perlu bersungguh-sungguh. Saya tidak boleh ‘berlenggang kangkung’ dalam memastikan buku ini sampai kepada sasarannya.

Saudara yang saya hormati, dengan rendah hati saya menyatakan bahawa saya mensasarkan tempoh tiga tahun (1/5/2015 ) untuk mencapai visi tersebut. Yakni agar buku ‘Mudahnya Menjemput Rezeki’ dimiliki oleh sejuta jiwa. Saya berdoa agar Allah hadirkan sekurang-kurangnya 1,000 orang hamba-Nya untuk sama-sama berganding bahu mencapai Visi tersebut.
Caranya begini. Saya mahu menjemput sekurang-kurangnya 1,000 orang yang mahu turut serta menyertai perjuangan ini. Saya akan melatih mereka bagaimana memperkenalkan buku ini kepada 3-5 orang setiap hari. Dan mereka dibayar untuk melakukan hal ini.
Apabila setiap orang mampu memasarkan 3 - 5 naskah sehari atau 100 naskhah setiap bulan; kekuatan 1,000 orang akan memastikan 100,000 orang dapat memiliki buku ini setiap bulan. Dalam tempoh 10 bulan 1 juta jiwa insya-Allah boleh mendapat manfaat darinyai. Inilah strateginya.
Saya sudah mencuba idea ini di Machang, Kota Baharu dan Kuala Lumpur. Yakni menggunakan modus operandi yang unik. Field Work ini sudah dibuat oleh orang yang berbeza serta di lokasi yang berbeza. Alhamdulillah ia menjadi. Sungguh, ia merupakan strategi yang simple dan praktikal. Hati kecil saya meyakini bahawa sesiapa sahaja insya-Allah boleh melakukannya.
Mereka yang sudah dilatih (sehingga perenggan ini ditulis ) boleh memasarkan sehingga 7 naskah sehari. Impian saya agar setiap pelatih boleh memasarkan sehingga 10 naskhah sehari. Dengan itu mereka boleh memilih(jika mahu) untuk melakukannya secara sepenuh masa.
Idea ini membolehkan mereka yang serius meraih pendapatan di antara RM1000 – RM1500 sebulan dengan cara yang santai dan menghiburkan. Ditambah pula dengan peluang kebebasan masa untuk mencorak ‘hari impian’ masing-masing. Tidak perlu lagi terikat dengan rutin yang sama bertahun-tahun. Jika ia memang membosankankan saudara. Insya-Allah.
Saya sasarkan 3 tahun untuk menjemput 1,000 orang tersebut. Yakni jiwa-jiwa yang mahu berlumba-lumba membuat kebajikan. 1,000 orang pejuang dalam tempoh 3 tahun atau purata menjemput 30 orang setiap bulan. Insya-Allah.
Justeru, saya mengandaikan saudara sudah memahami bagaimana sasaran sejuta jiwa itu mahu dicapai. Oleh itu, satu soalan saya kepada saudara, ……mungkinkah saudara salah seorang darinya?
Untuk maksud itu juga, saya sedang berusaha mengumpulkan 100 tesimoni dari orang-orang yang berpengaruh dalam bidang masing –masing. Saya berdoa kepada Allah agar urusan mendapat dan mengumpulkan testimoni ini dimudahkan Allah semudah-mudahnya. Sehabis mudah!.
Alhamdullillah, beberapa testimoni dari nama-nama yang sudah mesra di telinga kita sudah pun diterima. Sungguh, pengalaman mendapatkan testimoni ini benar-benar menarik dan asli.
Caranya? Saya dapatkan jalan untuk menghubungi mereka. Kemudian, saya terangkan tujuan saya. Selanjutnya saya hadiahkan senaskhah buku ‘Mudahnya Menjemput Rezeki ‘ dan mohon mereka membacanya. Naskhah buku itu ada yang saya hantar melalui pos. Ada yang saya wakilkan kepada seseorang dan ada juga yang memerlukan saya bertandang sendiri ke rumah/ pejabatnya. Setelah itu, saya pohon kepada mereka agar menghantar komentar melalui email atau sms. Begitulah…
Alhamdulillah, berikut merupakan testimoni yang sempat diabadikan pada cetakan ke-2. Insya-Allah akan menyusul lagi beberapa testimoni pada cetakan seterusnya. Saya mohon doa saudara yang budiman agar Allah mudahkan urusan ini semudah-mudahnya. Sehabis mudah!. Mohon doakan saya, mohon doakan saya. mohon doakan saya…. Amin. Insya-Allah.

" Semua orang mahukan rezeki. Ramai orang 'bertarung' untuk mendapatkan rezeki. Tidak sedikit juga yang berkeluh kesah kerana tidak cukup rezeki. Kerana itulah buku ini relevan untuk semua orang, terutamanya mereka yang bergelar usahawan.

Idea yang ada di dalam buku ini memberikan perspektif yang sungguh menyegarkan mengenai rezeki. Kesegaran itulah yang bakal membangkitkan kekuatan baru bagi mereka yang ingin menggandakan apa yang telah perolehi sekarang.

Dengan memahami dan mengamalkan idea ini, rezeki akan 'mengerumuni' anda - sehingga anda 'terpaksa' menerima rezeki, bukan lagi berkeluh kesah kerana rezeki." Tuan Hj. Fadzli Yusof, Professional Trainer, Writer.

Isi Kandungan:

Bahagian 1 : Apa Itu Rezeki?

  • Bab 1 : Rezeki Bukan Sekadar Nampak Di Mata
  • Bab 2 : Udara, Air dan Gunung Adalah Rezeki
  • Bab 3 : Ilmu Adalah Rezeki
  • Bab 4 : Kaitan Antara Usaha dan Rezeki
  • Bab 5 : Harta & Rezeki
  • Bab 6 : Allah sentiasa Membantu
  • Bab 7 : Hubungan Rezeki dan Iman
  • Bab 8 : Rezeki, Apakah Bertambah atau Tidak…?
  • Bab 9 : Tangkal, Kayu dan Batu Azimat Menambah Rezeki..?
  • Bab 10 : Kunci Rezeki

Bahagian 2 : Menjemput Rezeki

  • Bab 11 : Menjemput VS Mencari
  • Bab 12 : Menjemput Rezeki Dengan Mengutamakan Solat
  • Bab 13 : Menjemput Rezeki Dengan Solat Tahajud
  • Bab 14 : Menjemput Rezeki Dengan Solat Dhuha
  • Bab 15 : Menjemput Rezeki Dengan Zikir
  • Bab 16 : Menjemput Rezeki Dengan Doa
  • Bab 17 : Menjemput Rezeki Dengan Mendoakan Orang Lain
  • Bab 18 : Menjemput Rezeki Dengan Sedekah
  • Bab 19 : Menjemput Rezeki Dengan Membaca Al-Quran
  • Bab 20 : Menjemput Rezeki Dengan Asma' ul-Husna
  • Bab 21 : Menjemput Rezeki Dengan Bersyukur
  • Bab 22 : Menjemput Rezeki Dengan Tekun Berusaha

Bahagian 3 : Cerita Menjemput Rezeki

  • Bab 23 : Dibalas dalam 24 Jam!!
  • Bab 24 : Ikhlas RM50, dibalas RM10,000
  • Bab 25 : "Tolonglah Anak Saya, Ustaz"
  • Bab 26 : Memberi Tanpa Syarat
  • Bab 27 : Binatang Tidak Mampu Membalasnya
  • Bab 28 : Daripada Hina Jadi Mulia
  • Bab 29 : Berkat Belajar Al-Quran
  • Bab 30 : Bos Hanyalah Posmen
  • Bab 31 : Ikhtiar Rohani dengan Surah Yassin
  • Bab 32 : Sebuah Keajaiban
  • Bab 33 : Sedekah Si Penarik Beca
  • Bab 34 : Sedekah sebagai Ubat

Bahagian 4 : Apa Perlu Saya Buat Sekarang ?

  • Bab 35 : Ciptalah Impian Hari Ini
  • Bab 36 : Bagaimana Membina Impian yang Seimbang..?
  • Bab 37 : Ibu, Ibu Apa Khabar..?
  • Bab 38 : Inilah Impian Kita
  • Bab 39 : Strategi Ghaib
  • Bab 40 : Bertaubatlah!!

Membaca buku ini akan menambah keyakinan kita. Sesungguhnya rezeki itu semuanya dari Allah. Menjemput rezeki akan menjadi sangat mudah dengan melakukan apa yang Allah suka- Ustaz Abdullah Fahmi, Juara Akademi Al-Quran Musim Pertama

Pencapaian mutakhir seorang insan dalam berprestasi di atas muka bumi ini ialah…apakah amalan atau pekerjaan yang sedang ditekuninya bisa meraih ‘rasa senang di luar dan rasa tenang di dalam.’

Justeru pilihlah pekerjaan yang diredhai Allah SWT dan disenangi oleh makhluk sahaja.

Menjemput rezeki adalah satu bentuk amalan paling beradab dalam mendapatkan kekayaan. Menjemput jauh berbeza dengan mencari, memburu, merebut, apatah lagi merampas, memeras atau memanipulasi.

Jika kita berniaga dengan orientasi menjemput rezeki, pastilah Allah SWT redha dan manusia senang dengan bisnes kita. Buku ini adalah satu modul latihan yang lengkap dan praktikal ke arah melahirkan usahawan muttaqin. Mudah-mudahan bertambah bilangan OKB (Orang Kaya Bertakwa) di daerah tercinta kita ini.

Anda akan terpesona dengan keberkesanannya kerana luar biasa dan luar jangka akal biasa.

Dato’ Dr. Hj. Rusly Abdullah @ Chef Li,
Penulis buku bestseller ‘Menjejak Jutawan Senyap’/ Mentor Jutawan Senyap / Pengerusi, PFG Kelantan Gold.

Beberapa hari lepas satu lagi idea Allah beri kepada saya. Iaitu Idea untuk memastikan kandungan buku ‘Mudahnya Menjemput Rezeki’ dapat difahami dengan tepat oleh saudara pembaca. Pada masa yang sama boleh pula menyelesaikan masalah sebahagian dari kita yang sering kesuntukan masa. Apatah lagi mahu mengadakan masa khusus untuk membaca buku.

Idea yang Allah berikan adalah untuk menerbitkan buku ‘Mudahnya Menjemput Rezeki’ versi audio book (Buku Audio). Saya sudah bincangkan idea ini dengang pihak penerbit. Alhamdulillah responnya positif. Apabila versi audio book ini sudah terbit nanti, kita bolehlah mendengar penulisnya membacakan kandungan buku, terus dari CD di kereta atau di rumah anda. Di mana sahaja kita boleh mendengarnya tanpa mengganggu aktiviti yang sedang saudara lakukan. Apa komen saudara? Menarik bukan….?

Akhir kata, saya sentiasa berfikir dan mengkaji kaedah-kaedah baru agar Visi itu tercapai. Salah satu strategi adalah melalui kaedah online; seperti yang sedang saudara tatap ini. Saya berdoa agar Allah bukakan hati saudara untuk mengambil bahagian dan mendapat sedikit habuan dunia serta pahala akhirat menanti . Iaitu melalui sebab menjadi agen penyampai ilmu-ilmu yang bermanfaat. insya-Allah.

Berhubunglah dengan saya bila saudara fikir perlu berbuat begitu. Kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan. Miliki buku ini hari ini agar saudara faham apa yang saya maksudkan, sesungguhnya ‘Menjemput Rezeki’ jauh lebih mudah berbanding Mencari Rezeki’.

Sekian. Saya mohon maaf andai ada di antara kandungan Sales Letter ini yang tidak menepati selera saudara. Sungguh, saya lebih cenderung untuk mengajak saudara mengambil bahagian dalam Misi ini; dan tidak berhenti sebagai pembaca sahaja.

Saya juga berdoa agar sebahagian dari kalangan pembaca , dibukakan hati oleh Allah untuk menjadi egen penyampai idea di dalam buku tersebut. Jika saudara adalah orangnya, saya berdoa agar segala urusan yang berkaitan dimudahkan Allah semudah-mudahnya. Sehabis mudah!. Amin

Pun begitu, saya akan terus berdoa agar setiap pembaca buku Mudahnya Menjemput Rezeki diberi kekuatan oleh Allah untuk beramal dengan apa yang sudah mereka baca.


Fathuri Salehuddin
012-9876 717/ fathuri72@yahoo.com
Pasir Puteh, Kelantan.